![[Kuda+Laut.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKnECFhMp4gVnn7m28-YrEtwwIwiJ3lZfWwxHkUc08fe5g24p6dEzNDhi038UPqQcjogUMAP_dXU8NeYJ9A6l_KFH5YveNmjF9a_bJ10J_O1jQuFpo9Sf2Mv6VK_hirnBJ-oHACCZF_B-T/s1600/Kuda+Laut.jpg)
Kuda Laut dalam bahasa inggeris dipanggil 'Seahorse' dan orang tua-tua di Terengganu memanggilnya Unduk-unduk. Binatang ini amat setia pada pasangannya (tidak bertukar-tukar pasangan). Apa yang pelik sekali, kuda laut betina mengelurkan telur ke perut kuda laut jantan lalu kuda laut jantan mengandung selama 3 minggu dan melahirkan anak seramai 200 ekor. Proses melahirkan anak berlaku dalam tempoh 72 jam. Selepas semua anak dilahirkan, selang beberapa jam (paling cepat 1 jam) si kuda laut jantan bersedia untuk memulakan sekali lagi proses mengandung.